Sayur Paku





  Hari tuh entry sayur midin..hari ni nak berkongsi gambar sayur paku hijau.  Mungkin ada juga segelintir dari kita yang tak begitu mengenali sayuran kampung seperti ini.  Paling sedap kalau sayur paku ni masak goreng belacan.  Resepi mudah nak masak sayur paku, kliksini..Cuma perlu tukarkan sayur midin kepada sayur paku.  
  Bila memasak sayur paku ni, pastikan ianya benar-benar dah lembut dan layu.  Sayur paku yang tak cukup masak akan berasa kelat, rangup dan bergetah lagi.  Kalau tak da belacan, gunakan sos ikan dan campurkan selepas sayur hampir lembut.  Selain dari  belacan, anda juga boleh guna Sambal Udang Yeo’s.  Selamat mencuba!!..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih