Bahan-bahan steamboat






Steamboat ala Johnny?..berangan saja lah sampai ke bulan...buat steamboat sendiri kat rumah, tak perlukan periuk steamboat khas harga beratus tuh..kita guna saja periuk nasi letrik.  Sama juga hasilnya, boleh di telan. Selamat mencuba..perhatian yerr..bahan-bahan yang saya gunakan di atas tak semestinya kena ikut..guna kreativiti anda sendiri memilih bahan yang boleh dihumban ke dalam periuk nasi letrik tuh..

2 kiub pati lembu
1 bungkus cendawan tiram – dihiris kasar
1 bungkus cendawan jarum
½ isi dada ayam – dihiris halus
Bebola ikan
Bebola daging
Isi ketam
4-5 helai kobis manis panjang – dihiris
Air secukupnya
**Periuk nasi letrik

1.      Panaskan air secukupnya dalam periuk nasi letrik, masukkan kiub pati lembu dan biarkan hingga mendidih.
2.    Masukkan daging ayam dan biarkan ianya empuk.
sseerraannnggg!!!...memang sedap pon!!
3.    Masukkan kesemua bahan dan bolehlah dimakan panas-panas  bersama sos daun ketumbar..
Bahan sos
Daun ketumbar
2-3 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
Cuka
Gula
Garam
Sedikit air masak

1. Kisar kesemua bahan..dan campurkan ke dalam cuka bercampur air, gula dan garam secukup rasa.

2 ulasan:

  1. Wah best nye...my fav ni sue bee...cam best je sos die tu ahhhh
    Btw done follow blog sue be @516 ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau tak pa MD..tak yah tengok lauk lain dah..tq sbb follow..nnt SB jenguk balik,k :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih