Glutinous Rice Balls with coconut milk



Selamat datang ke blog skema saya..hari tuh kita buat bubur dari tepung beras pulut..tengok kaler tuh kemain lagi meriah.  Minta ampun banyak2 sebab foto memproses benda sedap nih tak terambil.  Tangan penuh bersalut dengan tepung mak aiii..!!camna ler kita nak pegang kamera lagi, menggentel doh kasi mulat-mulat lagi..haiyooo..Hasilnya nampak bila dah masuk mangkuk dan NGAPPPP!!!!..Memang sedap wooo!!...sambil menghirup kuah santan yang harum..Hidangan ni amat sesuai dijadikan pencuci mulut dan dihidangkan sejuk..


200gm tepung beras pulut
2 helai daun pandan
2 paket santan serbuk
½ sudu teh garam
Gula
1 sudu teh pes pandan Koepoe-Koepoe
Pewarna hijau
¼ sudu teh esen pisang
Pewarna merah
Air secukupnya

1.      Bahagikan tepung beras pulut kepada 2 iaitu 100gm setiap satu.
2.    Letakkan ke dalam mangkuk berasingan. 1 bahagian dicampur dengan pes pandan, pewarna hijau dan sedikit air, uli dengan tangan hingga menghasilkan doh yang boleh dibentuk.  Air perlu dituang sedikit-sedikit agar doh tidak terlalu lembik.
3.    Ulangi langkah yang sama pada satu bahagian lagi tapi campurkannya dengan esen pisang, pewarna merah dan juga sedikit air.
4.    Didihkan air dalam periuk secukupnya.  Bentukkan doh bulat-bulat kecil.
5.    Rebus doh dalam air mendidih. Ianya timbul bila cukup masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.
6.    Campurkan santan serbuk dengan sedikit air suam bagi menghasilkan larutan pekat.
7.    Didihkan air secukupnya dan tuangkan larutan santan, daun pandan yang disimpul, sedikit garam dan gula secukupnya. Masak hingga mendidih dan tutup api.
8.    Toskan bebola  dan masukkan ke dalam periuk santan dan kacau.
9.    Sejukkan sebelum dihidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih