Kek Pilih Kasih



Sila abaikan rupanya yang hangit..ada sapa kesah?..Bila dah makan sepotong pasti nak lagi.  Itulah penangan Kek Pilih Kasih.  Asal-usul dari mana dapat nama Kek Pilih Kasih, Sue Bee tak tau..taunya masak dan makan saja..hehehe!!..Silakan mencuba buat sendiri kat rumah dan nikmati betapa sedapnya Kek Pilih Kasih ni..



250gm Buttercup
60gm gula halus
6 biji telur Gred A
100gm Horlicks
160gm susu pekat manis
30gm Milo
1 sudu makan Browing
1 sudu teh esen vanilla
120gm tepung kek
50gm bijan kuning
80gm almond chip
**Sediakan pengukus dan loyang 6 inci (lapik dengan baking paper)
1.      Pukul gula dan Buttercup hingga kembang dan putih.
2.    Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul.
3.    Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, Browing, Milo, Horlicks dan akhir sekali tepung.
4.    Masukkan bijan dan almond chip, gaul rata hingga sebati.
5.    Kukus selama 2jam. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih