Roti Kismis Simple






360gm tepung gandum / tepung berprotien tinggi
54gm gula halus
4gm garam
5gm yis Mauripan
36gm telur – dipukul sedikit
180gm air
36gm shortening
30gm kismis
**Resepi yang hanya memerlukan tangan untuk menguli..mesin pembuat roti mahal..

1.      Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, gula, garam dan yis Mauripan.
2.    Masukkan shortening, ramaskan hingga menjadi serbuk roti.
3.    Masukkan telur, gaul dengan tangan dan diikuti dengan air.
4.    Uli doh hingga sebati dan kental..untuk perhatian, pada mulanya doh agak lembik,  berair dan melekat..TAPI jangan ditambah sukatan tepung. Teruskan menguli hingga doh tidak lekat pada tangan (ambil masa lebih kurang 5-10 minit).
5.    Rehatkan doh selama 30-40minit.  Tutup doh dengan plastik.
6.    Uli sekali lagi selama 4-8 minit, masukkan kismis dan gaul rata-rata.
7.    Masukkan doh ke dalam acuan roti dan rehatkan lagi selama 15 minit. Anda juga boleh bahagi 2 doh tersebut jika inginkan roti bersaiz kecil.
8.    Bakar pada suhu 110ºC selama 45 minit.
9.    Sejukkan sebelum dipotong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih