Sayur Asin Goreng Telur





200gm sayur sawi asin
1 biji telur
4-6 biji cili padi
2 ulas bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit ikan bilis

1.      Sayur sawi asin di rendam sebentar dalam air, toskan dan dipotong sepanjang 1cm.
2.    Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan sebentar.
3.    Dengan menggunakan minyak tadi, tumis bawang putih hingga kekuningan, pecahkan telur, kacau hingga telur masak berketul-ketul.
4.    Masukkan sawi asin dan cili padi.  Kacau rata dan taburkan sedikit perasa.
5.    Tabur ikan  bilis garing tadi di atasnya dan sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih