Steamed tofu with salted fish and fried shallots




 Hambooiii!!..kemain lagi nama lauknya hari nih..perasan la tuh rasa macam masak kat hotel 6 bintang..hahaha!!!..Amalan pemakanan sihat menjamin kesihatan anda..cheewaahh!!..tu dia..ada orang tak suka makan tauhu atau tofu sebab benda ni takda rasa..ye ke?.Memang pon tapi bila dimasak kena pada bahan-bahan yang digunakan dan cara masakan..ianya  boleh bertukar menjadi hidangan yang cukup istimewa.  Tauhu kukus (kosong) ni memang menyihatkan..nak bagi kat bayi yang berumur 1 tahun ke atas pun amat sesuai, cuma kena lenyek dulu la..Jenis tauhu yang Sue Bee gunakan dalam resepi ni jenis yang lembut dan besar.  Tauhu kecil berkeping tuh tak berapa sesuai untuk dikukus sebab teksturnya yang kasar dan berongga. Tauhu jenis ni sesuai untuk digoreng atau dicampurkan ke dalam masakan tauge.  Selamat mencuba resepi mudah tauhu kukus ni..
 
1 ketul tauhu lembut
4-5 ulas bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
5 sudu makan sos tiram
10gm daging ikan yu masin – dihiris nipis
Daun ketumbar – dihiris

1.      Sediakan pengukus, letakkan tauhu ke dalam bekas tahan panas, hiris sedikit permukaannya dan kukus tauhu sebentar.
2.    Campurkan sos tiram dengan 2 sudu air dan tuangkan ke atas tauhu dan tutup api.
3.    Panaskan minyak secukupnya, goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan wangi. Angkat dan toskan minyaknya.
4.    Dengan menggunakan minyak tadi, goreng hirisan daging ikan yu masin hingga garing, angkat dan toskan.
5.    Cincang halus daging ikan yu masin goreng.
6.    Taburkan bawang goreng, daging ikan yu masin dan hirisan daun ketumbar ke atas tauhu kukus dan bolehlah dihidangkan panas-panas.

2 ulasan:

  1. Ini feveret mai ni. selalu goreng kunyit saja. terima kasih resepi....hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik mai,haruslah dicuba resepi mudah tu :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih