Telur Goreng Bawang Besar



fried eggs

telur dipukul kemudian bersama bawang pon boleh jugak..

Salam sejahtera..meh sini nak berkongsi resepi paling mudah nak buat di kala kecemasan yakni kelaparan di tengah malam buta, tengah poket kering seluar baru lepas jemur , tengah-tengah bulan, tengah-tengah kering idea tak tau nak masak apa dah atau pun jauh di perantauan..tak da orang gaji atau mak tolong masakkan..hihihi…resepi mudah paling sesuai untuk orang bujang..malas masak, perut lapar..malas ke kedai mamak pon perut lapar jugak, pilih lah yang mana satu yang berkenan di hati..

1 biji labu bawang besar – dihiris nipis
3 biji telur – saya guna gred A
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

1.      Pukul telur hingga sebati dan masukkan bawang besar hiris dan garam.
2.    Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper (seeloknya non-stick pan – tak perlu guna minyak) dan tuangkan telur tadi.
3.    Goreng hingga kuning keemasan sebelum dibalikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih