Tempoyak Goreng



Musim durian dah berlalu, tetapi pada sesiapa yang berpesta durian tentu tidak ketinggalan untuk membuat tempoyak.  Tempoyak durian bukan saja enak dimasak dengan ikan patin, tapi goreng begitu saja pon sedap. Untuk resepi tempoyak durian, boleh check kat sini.  Tempoyak goreng ni enak dimakan dengan nasi panas-panas.  Lebih lagi ditambah dengan kepedasan dan kegaringan ikan bilis tuh..sedap bha!!..Maaf yer sebab segala sukatannya takda disertakan..segalanya terpulang pada cita rasa memasing.


Tempoyak
Ikan bilis
Cili padi - dihiris
Gula

1.      Panaskan minyak sedikit dan goreng ikan bilis hingga garing.
2.    Masukkan tempoyak dan cili.  Gaul rata dan masukkan gula secukupnya.
3.    Balik-balikkan tempoyak, masak hingga ia bertukar warna gelap sedikit.
4.    Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih