Kek Cawan Strawberi Kismis




 Lagi resepi kek cawan mudah dari dapur Sue Bee..bersaiz kecil, sesuai dijadikan bekalan anak-anak ke sekolah atau untuk minum petang.  Kalau rasa kreatif sangat, anda boleh tukarkan pes Strawberry (bukan semua orang suka perisa strawberry) ke pes lain-lain seperti pes blueberry, pandan, vanila atau esen pisang. Bagi yang tak gemar kismis hitam, anda boleh taburkan kepingan badam atau ceri merah dan hijau..Kalau nak plain saja pun boleh. Mudah saja untuk mempelbagaikan rasa kek cawan yang mudah nih..selama mencuba!!..

125gm Buttercup
80gm gula halus
200gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur gred A
120ml susu segar Dutch Lady
2 sudu teh strawberry paste
Pewarna merah
Kismis hitam secukupnya

1.      Ayak tepung bersama serbuk penaik, ketepikan.
2.    Pukul buttercup dan gula hingga putih berkrim.
3.    Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga sebati.
4.    Masukkan tepung diselang selikan dengan susu segar dan pukul hingga rata.
5.    Masukkan pes strawberry dan pewarna merah, kaupbalikkan dengan spatula.
6.    Sediakan acuan kek, tuang adunan hingga ¾ dari acuan kek dan letakkan kismis hitam di atasnya..sebiji sudah memadai.
7.    Bakar pada suhu 110ºC selama 10 minit. 
**Untuk resepi /tips kek cawan/cupcakes,klik sini.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih