Kek Pisang Kukus





*350gm pisang masak – dilenyek halus
*2 sudu teh serbuk penaik Royal
*¼ sudu teh esen pisang
200gm tepung gandum / tepung hongkong
180gm soft brown sugar
2 sudu teh serbuk penaik Royal
5 biji telur Gred A
120gm minyak masak

1.      Kesemua bahan bertanda (*) digaul hingga sebati. Tutup dan rehatkan selama 1 jam.
2.    Pukul telur hingga kembang, masukkan gula perang, serbuk penaik dan tepung.
3.    Pukul sebati dan masukkan ke dalam campuran pisang tadi.
4.    Gaul rata menggunakan spatula dan rehatkan lagi selama 30 minit.
5.    Masukkan minyak masak, gaul rata, pastikan minyak betul-betul bercampur dengan adunan.
6.    Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak (bergantung pada saiz loyang yang digunakan).
**Langkah 2 perlu dibuat 30 minit selepas langkah 1.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih