Salad Epal Mudah



Sini Sue Bee nak kongsikan salad paling mudah dan sempoi untuk anda yang ketandusan idea dan tak da masa untuk mencari bahan-bahan (mahal) bagi menghasilkan salad epal yang sedap.  Tak perlu ikut sangat resepi salad epal yang ada kat Asian Food Channel yang tak tentu lagi jumpa bahan-bahannya tuh..yang penting..mudah dan sedap, jimat masa.  Tapi salad epal mudah ni kena simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan, tau.  Selamat mencuba.  Jangan di nilai dari segi rupa, yerr..
apple salads

2 biji epal merah
1 biji epal hijau
3-4 sudu makan Mayonis Sebenar Lady’s Choice

1.      Bersihkan epal, buang kulit (wajib) dan potong kiub kecil-kecil.
2.    Masukkan mayonis secukupnya, gaul rata.
3.    Sejukkan sebelum dihidang.

fresh apple

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih