Sambal Tempe Mudah



Menu ringkas dan mudah dari dapur Sue Bee hari ini ialah Sambal Tempe yang cukup simple dan mudah untuk dimasak dan dimakan..pada hakikatnya.  Cukup menjimatkan masa anda..Bahan-bahan yang diperlukan tersangatlah mudah untuk dicari..Selamat mencuba!!


2 bungkus tempe – potong kiub
1 biji bawang besar – dihiris
Segenggam ikan bilis
Sos Cili Maggi

1.      Panaskan minyak secukupnya, goreng tempe hingga keperangan dan toskan.
2.    Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
3.    Dengan menggunakan lebihan minyak tadi (perlukan sedikit saja), tumis bawang besar hingga layu.
4.    Masukkan tempe dan ikan bilis goreng dan gaulkan hingga rata.
5.    Masukkan Sos Cili Maggi (sukatan terpulang), lagi banyak, lagi pedas, lagi sedapppp!!!..Gaul rata, angkat dan hidangkan.
tempe mentah lagi nih..blom goreng..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih