Sayur Midin Cendawan




midin cendawan,midin masak cendawan

Masakan mudah untuk hidangan tengahari..Sayur midin yang dimasak bersama cendawan segar.  Sayur ni mudah didapati di Sarawak khususnya di kawasan kampung..jadinya sayur midin ni dikategorikan sebagai sayuran kampung dan harga seikat RM2.00 saja. Ianya sedap jika dimasak dengan belacan..Masak lemak?..erkkk sebolehnya Sue Bee elakkan..hehehe!!..Bahagian daun dan pucuknya saja yang diperlukan, batang tu bolehlah dibuang.  Kalo nak tanam..kompom tak hidup.  Sayur midin hanya hidup dikawasan semak, tanah basah dan selalunya 'hidup bersama' sayur paku..Ada paku, ada midin.. 

Seikat midin – diambil daun dan pucuknya saja
100gm cendawan putih segar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan belacan
Sedikit garam

1.      Tumbuk lumat bawang putih dan belacan.
2.    Panaskan sedikit minya, tumiskan belacan hingga naik bau.
3.    Masukkan midin, gaulkan dan tambah sedikit air.  Tutup sayur dan masak selama 1-2 minit.
4.    Masukkan cendawan segar, kacau dan tambahkan lagi sedikit air (untuk kuah).  Biarkan mendidih selama seminit lagi.
5.    Masukkan garam secukup rasa, angkat dan hidangkan.
Untuk resepi sayur midin yang lain, klik sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih