Strawberry Sponge Cake


 Ni dia hasil dari tangan yang gatal-gatal nak mengubah resepi asal kek span kosong..Kek Span Strawberry..omputeh cakap Strawberry Sponge Cake.  Kalau cukup-cukup masa memukul adunan hingga betul-betul gebusss..beginilah hasilnya..memang lembut dan cair dalam mulut.  Untuk resepi kek span mudah ni, sila gunakan saiz loyang 7 inci.  Sue Bee lebih gemar guna loyang bersegi daripada bulat..senang nak potong cun-cun kasi nampak lebih lawa bila dipamerkan dalam pinggan..hihi..Kepanasan oven pulak bergantung pada kesesuaian masing-masing yerr..Bila dah masak (cucuk guna toothpicks, keluarkan dan bersih..tiada sisa kek melekat padanya) keluarkan dan sejukkan atas redai kek.  Kalau dibiarkan dalam loyang sampai sejuk alamatnya kecut semacam lerr kek span anda..huehuehue!!!Selamat mencuba!!

kek span strawberry,kek mudah

4 biji telur Gred A
120gm gula kastor
10gm ovalette
130gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40gm air
60gm minyak masak
1 sudu teh pes strawberry
Sedikit pewarna merah
*Lenserkan loyang 7 inci dan panaskan ketuhar pada suhu 120ºC.

1.      Tepung kek dan serbuk penaik di ayak, ketepikan dulu.
2.    Pukul telur, gula dan ovalette selama 2 minit.
3.    Masukkan tepung dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
4.    Masukkan air, pes strawberry dan pewarna. Teruskan memukul selama 4 minit.
5.    Masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
6.    Tuangkan ke dalam loyang, bakar pada suhu 120º selama 45 minit.
7.    Setelah masak, telangkupkan atas redai kek.


3 ulasan:

  1. Sis, dah try resepi ni (bhn2) tp xikut cara sis. Alhamdulillah jadi elok je. Tp 2nd try buat cara sis langsung jd kuih lapis xnaik2. Actually why try ur way cuz pelik tgk kena mix 5 mins n more slps tepubg n baking dimasukkan. Still curious, what i did wrong? Bila buat cam biasa (mix all the liquids) the letak tepung without overmixing, this recipe mmg best. Tq for reading n sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. helo..SB mmg guna cara seperti dlm resepi diatas setiap kali buat span cake, elok jadinya. Adunan kena betul2 kembang, putih dan betul2 gebu sebelum di bakar..tu sbb masa memukul adunan agak lama :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih