Tepung Hong Kong



Tepung Hong Kong memang agak popular di kalangan pembuat Kek Lapis Sarawak..Kenapa Tepung Hong Kong? Kenapa tidak tepung gandum atau tepung ubi?..Tekstur tepung Hong Kong sangat-sangat halus dan menghasilkan tekstur kek yang cukup sifat..(erkkk!!!)..Memula Sue Bee memandai tukar resepinya guna tepung gandum bagi menggantikan tepung Hong Kong..hasilnya sungguh..uweekkk kek itu..nasib baik lah untuk makan sendiri sebab masa tuh dalam tempoh percubaan berjinak-jinak buat kek lapis..hamik kau!!!..jangan memandai ubah resepi kek lapis Sarawak len kali..kan dah membazir telur, mentega dan ntah apa apa lagi bahan kek lain. Tepung Hong Kong seperti dalam foto di atas memang Sue Bee gunakan selalu dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak..Brand lain pon ada jugak tapi tak pasti kualitinya macam mana..yang ni brandnya memang sudah diyakini. Harga tepung Hong Kong ni lebih kurang RM4.50 - RM5.00 sekilo, agak mahal jugaklah berbanding dengan tepung gandum cap Ayam atau cap Unta..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih