Kuih Rengas



Sebelum ni kalau lalu je simpang Kampung Haji Baki, tersangkut lah kaki sebentar kat gerai pakcik yang berjual kuih-muih.  Pilihan utama Sue Bee ialah Kuih Rengas atau dikenali juga kuih kacang hijau.  Memang sedap dijadikan sarapan pagi bersama secawan kopi atau teh.  Nak jugak cuba merasai kepayahan orang yang buat kuih ni..so sebagai cabaran, Sue Bee cuba buat jugak dan ttaaadddaaa!!..ni lah hasilnya..sungguh gebu dan AMARAN : jumlah sukatan gula yang disertakan adalah mengikut piawaian tekak Sue Bee yang tak suka manis-manis.  Pada anda yang nak tambah sukatan terpulanglah ye..**bukan mudah rupanya nak buat kuih ni..tak semudah memakannya**Selamat mencuba!!

kuih rengas

kuih rengas

Inti
170gm kacang hijau – direndam 3 jam
5 sudu makan kelapa parut kering
6 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan gula kastor

Bahan batter
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit serbuk kunyit
2 sudu makan tepung beras
Secubit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

  1. Kacang hijau direbus hingga empuk, gaul selalu bagi mengelakkan ianya hangus. Masak hingga kering airnya dan sejukkan sebentar.
  2. Masukkan kelapa parut kering, tepung gandum dan gula kastor.  Gaul hingga sebati
  3. Bentukkan bulat-bulat (saiz bergantung pada citarasa memasing).
  4. Untuk membuat batter, satukan kesemua bahan kering dalam mangkuk.
  5. Tambah air sedikit-sedikit bagi menghasilkan batter yang tidak terlalu pekat atau cair.
  6. Panaskan minyak, salut inti kacang tadi dengan batter dan goreng hingga keemasan.
    abaikan rupa periuk Cap Kucing

    inti yang boleh dikepal dan dibentuk ikut suka


    batter tak perlu banyak, cukup untuk salutan saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih