Simply Pizza



pizza heaven

pizza junction

Percubaan pertama Sue Bee membuat pizza memang tidak menghampakan sekali.  Tak rugi jugak bertapa depan You Tube berjam-jam semata-mata hendak melihat tutorial dari pakar buat doh pizza.  Resepi mudah doh yang ni boleh menghasilkan 2 keping pizza saiz medium.  Topping pulak bergantung pada citarasa masing-masing..Sue Bee guna keju keping saja..kalau nak letak cili benggala pon boleh.  Nanas dan cendawan butang yang digunakan semuanya dalam tin.  Tiada istilah nanas segar atau cendawan segar di sini,okey.. Acuan pizza pulak, saya gunakan tudung periuk leper Cap Ayam saja dan disapu dengan minyak masak supaya doh tak lekat bila masak nanti.  Pakai saja apa yang ada kat dapur, senang cerita..Selamat mencuba!!

doh pizza

Doh pizza
260gm tepung gandum
2 sudu makan susu tepung
1 sudu makan Buttercup
1 sudu teh garam
160ml air suam
2 sudu makan gula kastor

  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, susu tepung, garam dan Buttercup.  Ramas hingga sebati dan ketepikan.
  2. Campurkan air suam, gula dan yis kering.  Biarkan selama 15 minit atau hingga berbuih.
  3. Tuangkan larutan yis ke dalam mangkuk tepung, gaul dan uli hingga menjadi doh lembut (tidak melekat pada tangan).
  4. Perap selama 40 minit.
  5. Uli sebentar bagi menghilangkan angin dan letakkan atas alas / tudung periuk leper.  Bentukkan bulat.
  6. Biarkan selama 5 minit lagi sebelum dihiasi dengan topping pilihan masing-masing.
  7. Bakar pizza pada suhu 140ºC selama 25 minit.

topping pizza
tomato puree

Topping
Puri tomato (bukannya sos tomato)
Nanas kiub
Cendawan butang
Sosej
Keju keping secukupnya – dikoyak kecil-kecil
Daging lembu kisar secukupnya
**Daging kisar perlu di’stir-fry’ sebentar dengan satu sudu Buttercup hingga keperangan. Asingkan daging dan jusnya setelah masak..jus dari daging tidak diperlukan disini, ya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih