Biskut Arab

Biskut paling mudah sekali nak buat ialah Biskut Arab.  Heran pulak dari mana dapat nama Biskut Arab?..Tolong jelaskan..Dari mana asalnya nama Biskut Arab tak penting.  Ini kali pertama Sue Bee buat Biskut Arab dan rasa biskut ni tak jauh beza dari Biskut Makmur cuma ia tak bersalut gula aising.  Biar pun bahan-bahannya sempoi tapi kesedapan Biskut Arab tak boleh dinafikan. Sila angkat tangan siapa setuju dengan fakta merapu Sue Bee..hehehe..Silakan melayan resepi nya yerr..
biskut raya

250gm tepung gandum
125gm gula halus
125gm minyak sapi
Pewarna merah, hijau dan kuning

1. Gaul tepung, gula halus dan minyak sapi dalam mangkuk.
2. Uli hingga menjadi doh sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.
3. Warnakan setiap satu. Untuk membentuk doh, ambil sedikit daripada setiap doh berwarna dan bentukkan bulat.
4. Untuk tampak lebih menarik, isikan ke dalam paper cup bersaiz paling kecil.
5. Bakar pada suhu 120 darjah Celcius selama 15-20 minit atau (bergantung pada suhu oven memasing). 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih