Biskut asas yang mudah



Belajar nak buat biskut raya  sendiri di rumah?..Sini Sue Bee kongsikan bersama anda resepi biskut asas paling mudah  nak dibuat.  Bahan-bahan yang digunakan sememangnya mudah untuk dicari..Acuan untuk resepi biskut asas yang mudah ni pon terpulang pada cita rasa anda sendiri..nak bunga-bunga ke, bersegi atau bulat. Selamat mencuba!!



180gm Buttercup
30gm putih telur
80gm gula aising
180gm tepung gandum
80gm tepung beras
80gm tepung jagung – saya guna brand Butterfly

1.       Pukul Buttercup, putih telur dan gula aising hingga sebati dan lembut.
2.       Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung.  Gaul dan uli hingga menjadi doh.
3.       Masukkan ke dalam plastik, canai setebal 5-8mm.
4.       Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
5.       Terap doh yang telah dicanai tadi dengan acuan kegemaran.
6.       Letak dalam loyang yang dialas dengan baking paper.
7.       Bakar pada suhu 120°C selama 10-15 minit.
8.       Sejukkan sebelum dihiaskan dengan royal aising.
**Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar biskut.
biskut raya

biskut raya

biskut raya

*Pelbagai pilihan resepi biskut ada kat sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih