Biskut Ceri Cornflakes




Menjelangnya musim perayaan khususnya Hari Raya membuatkan suri rumah tak menang tangan membelek buku resepi, tercari-cari biskut untuk dibuat.  Sini Sue Bee ingin kongsikan resepi cornflakes mudah untuk raya kali ni. Acara membuat biskut pon tak kurangnya memerlukan kesabaran tahap dewa..jangan memain, sebab bila lemah iman, biskut tuh takkan ke mana..Belum la sempat disimpan dalam bekas Tupperware mahal, dah habis di telan.  Paling tak pon, kemungkinan besar doh tak menjadi biskut sebab kes bosan buat benda yang sama berulang-ulang..(layan mata mengantuk..hahaha!!!)..Mesti kan ada mengalami kes berat seperti yang dinyatakan di atas...selamat mencuba..

110gm Buttercup
15gm shortening / lelemak sayur
40gm gula aising
½ sudu teh esen vanilla
¼ sudu teh garam halus
145gm tepung gandum
15gm tepung mung green bean (hoen kwee)
25gm tepung jagung
25gm badam kisar
25gm susu tepung
50gm cornflakes – ditumbuk kasar
Potong ceri – secukupnya
Papercup bersaiz kecil – secukupnya

1.      Satukan Buttercup, shortening, gula aising, esen vanilla dan garam halus, pukul sebentar hingga sebati.
2.    Masukkan tepung gandum, tepung mung, tepung jagung, badam kisar dan susu tepung.  Uli sebati hingga membentuk doh.
3.    Bentukkan ke bebola kecil, salut dengan cornflakes kisar dan letakkan ke dalam papercups.  Hiaskan di atasnya dengan potongan ceri.
4.    Bakar biskut pada suhu 120ÂșC selama 10-14 minit (bergantung pada ketuhar yang anda gunakan).
5.    Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Pelbagai resepi biskut pilihan yang comel-comel ada kat sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih