Biskut Goreng






biskut goreng

biskut goreng

Bukan semua biskut kena bakar dalam oven..goreng pon ada.  Masa zaman bebudak lagi, emak selalu buat biskut goreng untuk bekalan sekolah dan minum pagi.  Masih terasa kesedapan biskut goreng yang emak selalu buat dulu-dulu.  Jika anda gemar akan rasa lemak, boleh juga ditambah santan serbuk paket ke dalam tepung.  Tapi resepi mudah biskut goreng yang Sue Bee buatkan ni tidak mengandungi santan..cukup ala kadar je rasa masin nya itu..

260gm tepung gandum
1 biji telur gred B
1 sudu makan Buttercup
¼ sudu teh garam
Air secukupnya

  1. Kesemua bahan di atas (kecuali air) di campur hingga sebati menggunakan tangan.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus di uli hingga membentuk doh yang tidak lekat pada tangan..pastikan doh tidak terlalu lembik atau terlalu keras yerr..
  3. Canai doh setebal 2 mm dan hiris doh menggunakan mesin mi.
  4. Untuk langkah seterusnya, sila tengok foto..(kes tak reti nak terangkan..~~nngggeee~~~)
  5. Goreng dalam minyak penuh dan cukup panas.  Tos dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
    biskut goreng

    biskut goreng

    biskut goreng


2 ulasan:

  1. kalau nk bagi tahan lama,nk buat mcm mana yer.sy nk buat dan pasarkan aiskrim goreng.boleh ke guna resepi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, MA. Yang ni tak sesuai kalau buat ngan aiskrim goreng, dik. Adunan nya keras dan ambil masa untuk digoreng. Jika bubuh aiskrim kat dalam, kompom la mencair jadinya. Untuk aiskrim goreng, elok MA guna resepi yang menggunakan doh roti.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih