Laksa Sarawak



Hidangan popular di hujung minggu kat dapur Sue Bee kali ni..Laksa Sarawak.  Cara penyediaan nya tak dapat dinafikan lagi..sungguh complicated gitu.  Hidangan yang memerlukan kerahan tenaga buruh, masa yang diperlukan agak lama dan tahap kesabaran itu penting. 
laksa sarawak
bihun kena celur hingga betul-betul lembut
isi dada ayam yang direbus dan dilerai guna tangan
 AMARAN!!..jangan sediakan hidangan ini semasa perut anda kosong minta diisi..dikhuatiri ada bahan pelengkap hidangan akan hilang ditelan sepanjang proses menghasilkan Laksa Sarawak..haha!!..Elemen penting dalam hidangan Laksa Sarawak ni adalah kuahnya. 
telur goreng dadar dipotong
tauge kena celur jugak sebentar dalam air panas

Rasa pedas, berempah, berlemak masin gitu memang gabungan yang mantop.  Untuk menyediakan kuahnya..pastikan anda ada pes Laksa Sarawak yang terjual dalam paket.  So tak perlu bersusah payah cari rempahratus bagai. 
Guna saja sambal laksa dalam paket..arahan penyediaan disertakan

Kuah Laksa Sarawak ni kena tapis lagi macam filem Melayu selepas dimasak selama lebih kurang sejam.  Pas tu dididihkan lagi, tambahkan santan dan perasa secukupnya.  Sue Bee kongsikan foto bagi memendekkan resepi Laksa Sarawak yang sekian panjangnya blablabla..Sekian..

Gabungan lemak berkrim..campur ke dalam kuah laksa yang dah ditapis

all in one..tambah kuah dan sedia dinikmati

6 ulasan:

  1. Sue kakak tak pernah jumpa pes laksa sarawak ini. Mungkin ada tapi kakak yg tak jumpa. Tengok Sue buat aduhai teringin pulak kakak jadinya:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, kak. dengan rasa rempah, pedas lagi berlemak lagi..Kalau nak hidang, picit je limau asam skit.

      Padam
  2. teringinnye naka makan.....pasti sedap

    BalasPadam
  3. agaknya kalau kat Semenanjung, kat mana ada jual laksa Sarawak, Kak?

    BalasPadam
  4. 6 tahun kat Bintulu saya boleh tak makan yg ni,rugi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap,kan..rugi tuh kalau tak merasa Laksa Sarawak..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih