Limau

Tengok foto limau asam macam ni pon boleh kecur air liur..apa tidaknya..dengan rasa masam dan keharuman kulitnya tuh bisa tergugat tekak.  Kenapa pulak post foto limau yang tak fotogenik kali ni?..Meh sini..Sue Bee nak kongsikan petua mudah belah membelah limau.  Selalunya kan..kalau mak panggil tolong kat dapur..siap sembunyikan diri kat belakang pintu..kihkihkih buruknya perangai korang..sini tolong belah limau, nak buat sambal.  Dengan penuh bergayanya ambil pisau pastu belah dua..okey dah siap!!TTeeeetttt!!! Silap cara belah tu wahai anak dara ku sekalian..Kenapa pulak silap..betul tuh mak suruh belah, belah kat tengah la tu..boleh belah la..
Kita sedia maklum biji limau asam pahitnya tuh bukan memain.  Membelah limau di tengah-tengah akan memburukkan lagi suasana sambal atau makanan yang anda nak jirus jus limau tu tadi.  Anda grenti terhiris biji limaunya sekali.  Ianya sedikit sebanyak akan rasa PAHIT.  So cara yang betul dan sopan santun..sila belah limau ikut macam foto kat atas tu.  Sure anda tak akan terbelah bijinya sekali..Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih