Serunding Halia



serunding halia

Blogger2 makanan yang bersopan santun bila pagi-pagi dia buat entry sarapan, tiba tengahari post entry hal makan tengahari, petang-petang pulak post gambar kopi dan kuih muih.  Ni tidak..tak pasal-pasal pagi buta dia buat entry cerita serunding halia..hahaha!! Mabuk laut ke apa..
Antara serunding yang paling Sue Bee suka ialah Serunding Halia..Suka suka sangat dan dan tak  reti nak buat..taunya order, order,order..haha!!!..Paling sedap bila digandingkan dengan bubur nasi yang empuk.  Buat ibu-ibu yang tengah mengandung..pastikan serunding halia ni ada dalam senarai menu makan semasa berpantang nanti.  Ianya elok bagi menghangatkan badan dan melancarkan peredaran darah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih