Yis Kering Mauripan



yis mauripan

Yis adalah mikroorganisma hidup dalam kumpulan kulat (fungus).  Ia memerlukan kelembapan (air) dan gula untuk hidup.  Cara penggunaan yis kering  adalah dengan mencampurkan sejumlah air dan sukatan gula dengan betul, dikacau sebentar.  Ianya perlu dibiarkan selama 10-15 minit sebelum digunakan.  Keadaan yis yang elok campuran air dan gulanya menghasilkan buihan halus dipermukaan campuran dan mengembang.  Abaikan baunya yang mungkin sedikit tidak menyenangkan..tapi daku suka..haha!!!.  Yis kering seperti jenama di atas sesuai digunakan dalam pembuatan roti, pau, donat atau doh pizza.  Sukatan penggunaan nya pulak bergantung pada resepi. Setiap 11 gm yis kering Mauripan dicampurkan ke dalam 400gm hingga 1000gm tepung roti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih