Bendi Masak Sambal



sayur bendi

Sambal yang dimaksudkan dalam masakan sayur bendi  Sue Bee ni ialah lebihan Sambal Nasi Lemak.  Sambal Nasi Lemak lebihan (nasiknya udah habis gitu..haha!!) jangan dibuang.. Lebihan sambal nasi lemak ni sedap jika dimasak bersama sayur bendi.  Caranya senang saja..Tumis 2-3 ulas bawang putih, masukkan potongan sayur bendi, gaul dan masukkan lebihan sambal nasi lemak.  Tutup sebentar periuk dan masak hingga sayur bendi lembut..jangan campur air.  Lebihkan sedikit minyak sebab kita tak mo hasil masakan sayur bendi ni berlendir.  Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih