Donut Gebu



donut gebu
donut versi coklat n colorful gitu..

donut gebu
donut versi gula aising


Cubaan kali pertama buat buat donut memang tidak menghampakan..lebih lagi Sue Bee ikut resepi dari blog AzieTerimakasih banyak-banyak, awak..Nak resepi donut gebu dari blog Azie, klik sini.. Kat situ lah sumber resepi donut yang Sue Bee buat.. Tapi sukatan yang Sue Bee tampilkan kat bawah, adalah setengah dari sukatan resepi donut blog Azie.  Pastu Sue Bee gunakan acuan kecik comel lote..dapatlah dalam 34 biji donut gebu yang kiut miut..mintak ampun sebab menderhaka kat sukatan resepi asal..

Bahan-bahan 
250gm tepung gandum
5gm gram Yis Mauripan
25gm Buttercup
½ sudu makan shortening
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan susu tepung
1 biji Telur saiz sederhana – pukul sedikit
¼ sudu teh garam
Gula aising atau topping kegemaran anda
90ml air suam suam kuku

Cara-cara
1.Satukan  yis, Buttercup, shortening, gula pasir, susu tepung dan air suam.  Kacau sebentar dan biarkan selama 10 minit.
2.Setelah yis kembang, masukkan separuh tepung, gaul secara satu arah (guna sudu) dan masukkan telur serta garam. Gaul hingga sebati.
3.Masukan lebihan tepung dan uli guna tangan hingga membentuk doh yang tidak lekat pada  tangan atau mangkuk.
4.Canai doh dan terap guna acuan donut.
5.Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
6.Salut dengan gula aising atau coklat masakan.

donut gebu
comel, kan?..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih