Rebung Goreng Belacan



sayur rebung
Hari tu FIL masuk meredah hutan (hamboiii!!..ayat kemain), keluar dari hutan, ni la hasilnya selain hasil perburuan dapat lah rusa, kijang, tupai..eh!!!melalut..takda la gi memburu dapat binatang seperti yang dinyatakan..Nampak sangat menipunya..huehuehuee!!.. Dapat jugak merasa rebung segar dari dalam hutan terus ke dalam periuk.  Kan untung jugak tinggal kat kampung yang masih menyimpan hutan terpelihara tanpa ada bulldozer atau lori balak keluar masuk. Meh sini masuk dapur kita masak rebung goreng belacan yang sungguh mudah. Kenapa tak  masak lemak?..Sori geng..hahaha!!..

200gm rebung – hiris halus dan rebus hingga lembut, toskan air (lebih kurang semangkuk)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan belacan
4 ulas cili padi
Sedikit garam/perasa

1.       Tumbuk lumat bawang putih, belacan dan cili padi.
2.       Panaskan minyak (lebihkan sikit), tumis hingga naik bau.
3.       Masukkan rebung yang sudah direbus tadi, gaul hingga rata dan tambah sedikit air saja.
4.       Tutup periuk, masak selama 3-4 minit sambil dikacau.  Tambah sedikit serbuk perasa/garam.
5.       Angkat dan hidangkan.

sayur rebung,rebung goreng belacan


4 ulasan:

  1. Balasan
    1. dik, kalo tak sedap, akak tak nak la letak dlm blog..heheheee..selamat mencuba :)

      Padam
    2. Tu lah xpernah masak lagi..sdap kot huhuhu.. xcube xtaw kan...

      Padam
    3. Tu lah xpernah masak lagi..sdap kot huhuhu.. xcube xtaw kan...

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih