Roti Sardin Gulung

sardine gulung
macam dorayaki la pulak..


(sumber : Blog Citarasawan)
Inti
1 tin kecil sardin
1 biji labu bawang besar – potong kiub
½ sudu makan cili giling Adabi
Gula dan garam secukup rasa

Cara
1.Tumis bawang besar hingga layu dan masukkan sardine bersama sosnya sekali dan cili giling.
2.Hancurkan sardine sambil dibalik-balik hingga sosnya kering. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sejukkan.

Doh
280gm tepung gandum
1 sudu teh yis kering Mauripan
1 biji telur – dipukul sedikit
2 sudu makan minyak masak
100gm air sejuk
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula

Cara
1.Campurkan air sejuk dengan yis, gaul sebentar dan ketepikan.
2.Dalam mangkuk besar, masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan separuh tepung gandum.
3.Masukkan air yis tadi, gaul rata guna sudu hingga sebati.
4.Masukkan lebihan tepung dan terus uli hingga menjadi doh yang tidak lekat pada tangan atau mangkuk.
5.Canai doh setebal 0.5mm dan terap menggunakan acuan bulat.
6.Letakkan inti sardine dan basahkan sedikit di tepi  dan tutup inti menggunakan doh. Tekan tepi doh supaya inti tak terkeluar bila digoreng nanti.
7.Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih