Sambal Belimbing Buluh

Resepi  yang ingin saya kongsikan bersama kali ini ialah “Sambal Belimbing Buluh”.  Untuk pengetahuan  anda, belimbing buluh ni saiznya kecil saja dan rasa masam.  Jadi untuk peminat – peminat sambal, apa kata anda cuba resepi ni.Seperti biasa, bahan-bahan tak dalah susah nak cari dan kos murah lagi.
Bahan-bahan
200gm  belimbing buluh @ semangkuk saiz sederhana – di belah dua.
20gm ikan pusu @ bilis –
7 biji cili padi – jumlah bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki
2 sudu makan belacan

Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Ikan pusu, cili padi dan belacan dikisar kasar (sekejap). Anda kena gunakan pengisar kopi (yang kecik tu).
2. Tuang minyak lebih kurang 3 sudu makan untuk menumis.  Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau dan garing sikit, lepas tu masukkan belimbing buluh tadi.
3.Anda kena kacau selalu dan ‘penyetkan’ belimbing tu tadi guna senduk supaya cepat masak dan jusnya keluar.
4.Untuk memastikan sambal tadi dah masak, warna belimbing tadi bertukar ke warna ‘coklat’ dan pastikan airnya sedikit kering @tak berkuah sangat.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa (biasanya saya guna lebih sedikit gula untuk menghilang sikit rasa masam belimbing).

Lebih kurang begini rupanya yang belum masak..

Sambal belum kering dan agak berkuah.

Dapat le semangkuk sambal..

Ini lah rupa sambal yang dah siap, agak sedap dimakan bersama nasi panas berlaukkan sayuran kampung seperti batang keladi masak daun kunyit ataupun sayur midin dan kangkung..terliur dibuatnya..Selamat mencuba.
**Kualiti gambar tak berapa elok sbb amik guna kamera hengpong..hihi!!**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih