Sayur Campur

sayur campur
lauk all in one..jimat masa gitu
ni saja bahan-bahan utama yang diperlukan
Orang kata sayur campur selalunya terdiri daripada brokoli, kubis bunga, baby corn, lobak merah dan segala sayuran mahal dalam satu masakan.  Sayuran yang disebutkan di atas sememangnya mahal wehhh!!..Tak kuasa nak merayau satu pasar carik bahan-bahan ni.  Tengok saja bahan yang Sue Bee gunakan dalam masakan sayur campur ni,..kan senang. Cuma perlu tumis seulas dua bawang putih, masukkan kacang panjang dulu, biarkan layu sikit pastu masukkan tomato dan udang.  Gaul-gaul kejap, tutup periuk biarkan selama seminit dua.  Pastu kan guna Maggi Seasoning atau Maggi Cukup Rasa untuk menambahkan lagi rasa sedap kat hidangan ni.  Sangat mudah (cuma kena perlu buang kulit udangnya, ya!)..
Kalau anda rasa hidangan ni kering sangat..buat je sup bawang goreng berasingan.  Tak reti buat sup bawang goreng?..walawehhhh..anda terbaik..hahahaa!!!.. Potong bawang merah sikit, goreng hingga kekuningan, tuang air semangkuk dan masukkan kiub pati lembu.  Takda kiub, gantikan dengan garam dan perasa secukupnya..TAaddaa...siap untuk makan malam..


2 ulasan:

  1. sedap plak tgk sayur nie ngan udang.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. udang segar memang sedap masak dgn sayuran, RH..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih