Tart telur

tart telur,egg tart


Kali kedua Sue Bee buat Tart Telur yang sedap ni..Yang first tu sila abaikan..agak sungguh tak berjaya dan tak sedap..almaklumlah baru belajar nak buat. Sebelum ni biasa beli kat kedai saja..Jum kita layan resepi Tart Telur yang crustnya agak crunchy dan inti yang sungguh enak.  Anak2 suka makan ni, siap buat bekal gi sekolah lagi..Lepas ni nak try buat Cheese Tart pulak.
(Sumber Inspirasi : Citarasawan )
Crust/shell
250gm tepung gandum
120gm buttercup
40gm gula aising
1 biji kuning telur

1.       Pukul sebentar buttercup dan gula aising, masukkan kuning telur. Pukul sekadar meratakan adunan saja.
2.       Masukkan tepung gandum, uli guna tangan hingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan atau mangkuk adunan.
3.       Ambil sekepal, tekan ke dalam acuan tart (jangan terlalu tebal). Potong lebihan supaya kemas. Cucuk sedikit menggunakan garpu pada permukaan crust tadi.
4.       Bakar shell/crust pada suhu 110°C selama 20-25 minit.

Inti tart
250ml susu cair
2 biji telur  - dipukul sedikit
60gm gula kastor
¼ sudu teh garam
1 sudu makan tepung kastard

1.       Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk, guna api kecil dan kacau selalu hingga ianya berbuih di tepi periuk.
2.       Angkat dan masukkan ke dalam jug (supaya senang nak tuang), sejukkan sebentar dan boleh lah di tuang ke dalam crust tadi.
3.       Bakar lagi tart selama 10 minit.

tart telur

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. salam kenal FM..Adunan yang SB buat ni menghasilkan lebih kurang 10-12 biji saja :)

      Padam
  2. suka makan tart ni tapi tak pernah buat....setiap tahun kalau hari raya saya akan beli untuk rumah sendiri, rumah mak dan rumah mak mertua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. omaii...baru nampak komen dari DP..sori ya DP..

      Padam
  3. Assalamualaikum...ok ke klu utk kita letakkan filling dlm tart crust yg dh siap dibakar n dikeluarkn dari acuan?..tq in advance.... 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,maya..okey saja janji crust tu dah dibakar awal..sebelum di letak intinya. selamat mencuba

      Padam
  4. Trima kasih utk resepi nye..sy ambil ye..=)

    BalasPadam
  5. Trima kasih utk resepi nye..sy ambil ye..=)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih