Asam Pedas Kepala Ikan

asam pedas,kari kepala ikan
hidangan tengahari yang mantop..
tomato,fresh tomato
2-3  biji tomato segar dibelah empat

cili giling,produk adabi,cili giling adabi
suka letak banyak supaya pedas
pes asam jawa,produk adabi,pes asam jawa adabi
guna 1 sudu makan untuk rasa masam
asam pedas kepala ikan
bahan utama ialah kepala ikan
Mengundang selera bila tengok asam pedas kepala ikan..apa tidaknya..rasa pedas, masam, masin..lemaknya kepala ikan (ada ka??)..boleh buat gue bertambah nasik wooo...
 
Bahan-bahan
200gm isi dorie / ikan tenggiri / kepala ikan
*1 sudu makan serbuk cili
*2 sudu makan serbuk kari ikan
Bahan bertanda * dicampur dengan air sedikit dan jadikan pes
1 sudu teh halba (kalau tak da pun takpa..)
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan pes cili
Kacang bendi – potong 1 inci panjang dan secukupnya
3 biji tomato – potong 4
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar
1 biji labu bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara
1.    Panaskan minyak, masukkan halba dan goreng sekejap lepas tu masukkan bahan-bahan kisar tadi. Bila sudah naik baunya, masukkan pes kari dan gaul rata.
2.    Campurkan sedikit air kalau pekat sangat dan biarkan sekejap hingga pes pecah minyak. Kemudian barulah masukkan ikan dan pes asam jawa.
3.    Masukkan kacang bendi dan tomato dan perasakan dengan garam secukupnya. (Sepatutnya kuah kari ni agak pekat, rasa masam, pedas dan masin..dan rasa rempah yang kuat..) Masak hingga sayuran lembut dan tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih