Cara mudah buat kek span

Jum belajar buat kek span mudah kali ni..Kek span ni boleh disalut dengan aising.  Kalau guna fondant kan nanti penyek sebab kek ni tersangat la lembut dan gebus..fondant ni berat tau..Tengok betul2 macamana Sue Bee hasilkan kek span yang sungguh gebu dan lembut..ikuti saja cara mudah kat bawah. Selamat mencuba!!

kek span,vanilla sponge cake

4 biji telur gred A
100gm gula halus
130gm tepung kek
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
40gm air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
**Panaskan ketuhar pada suhu 150°C sebelum membuat adunan kek.
Cara-cara
1.       Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula, ovalette, tepung dan serbuk penaik.


2.       Dengan kelajuan rendah, pukul bahan-bahan hingga sebati dan tidak berketul. Kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan pukul lagi selama 5 minit.
3.       Masukkan air dan esen vanilla.  Pukul dengan kelajuan tinggi lagi selama 5 minit. Pastikan adunan kelihatan kembang, putih dan gebu.

4.       Masukkan minyak, pukul pada kelajuan rendah untuk meratakan adunan.
5.       Sediakan loyang 6x6 inci (adunan tak banyak), sapu dengan mentega dan lapikkan dengan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150°C selama 30-40 minit..(bergantung pada ketuhar masing-masing).

6.       Bila dah masak, keluarkan dari oven dan tunggu seminit dua dan telangkupkan atas redai kek.  Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dipotong.

62 ulasan:

  1. Tried this recipe and it works ! Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ur welcome, Munirah..congrats!!..

      Padam
  2. Balasan
    1. haruslah..esok2 boleh share foto kat blog,k :)

      Padam
  3. Saya dah try buat...tp nape jadi 2 layer. Bwh mcm kuih bakar tp atas elok jer gebus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Faezah..kurangkan kepanasan oven,..kalau oven saiz kecik, boleh guna suhu antara 110-120 darjah celcius..

      Padam
  4. kalau nak buat cheese kek meleleh boleh tak guna kek span ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni SB belum try buat kek chiz meleleh dengan kek span ni..

      Padam
  5. Kek . Span ni mmg x pkai butter ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. resepi kek span ni mudah, tak perlukan butter

      Padam
  6. Memang sedap..saya da cuba..saya tambah lah sikit saya sapu kan chess krim n hiasi dgn strawberry..cantik+sedap=lazat huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana mencuba dan tahniah kerana berjaya..sejuk rasa hati..

      Padam
  7. Saya tgh cuba.. tpi letak perasa pandan

    BalasPadam
  8. Saya tgh cuba.. tpi letak perasa pandan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah..kelainan perasa tu terpulang pada cita rasa memasing

      Padam
  9. Nmpk sdap je..nk tnya..kalau xmsukkan ovalete xpe ke..sbb lpa nk bli

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba cari resepi kek span tanpa ovalette..SB tak penah lak buat kek span tanpa ovalette ni,dik. :)

      Padam
  10. kalau saya pukul telur shga kembang dlu,then baru masukkn bahan bahan lain 1 by 1 ,kek tuh akan jd lg gebu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tujuan kita masukkan semua bahan tu kemudian pukul sekaligus supaya banyak udara masuk dan sebati ngan adunan :). adik boleh try masuk 1 by 1..tgk mcm mana resultnya,k

      Padam
  11. Tepung kek tu tepung apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,Wana..maaf sbb lambat reply..tepung kek ni lebih halus teksturnya berbanding dengan tepung gandum

      Padam
  12. masa bru msak,, cantik e naik..tpi bla sjuk.dia trun blik.. nape ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. gini FZ..bila kek tu masak dah, keluarkan dari oven, terus telangkupkan atas redai kek..means pada masa yang sama alihkan loyang dari kek tu.

      Padam
  13. It looks super delicious!!
    Btw, can I use superfine flour instead?
    Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Its ok if u use superfine,dear.hv to sifted it first,.

      Padam
  14. Tq..nanti nk cuba.tapi kalau air diganti dgn susu krim agak2 bole x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi LD. kalau guna air saja,kek span lebih ringan

      Padam
  15. Lain dengan kek biasa dia tak pakai butter yeh SB.... mcm mudah jer ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna minyak masak atau minyak jagung saja tu , OKje

      Padam
  16. lhi..sb saya dah cuba buat...tapi tak segebu sb tak tau mana silspnya...adunan ni cair ker pekat...masa saya bakar kek yg tgh jer naik yg tepi tak...kenapa eh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Rozita.adunan yang dipukul tu seharusnya benar2 pekat dan ringan.suhu yg cik guna tu agak panas,cuba kurangkan sikit,ya.

      Padam
  17. Nak tanye serbok penaik xde cne ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello. Boleh guna tepung naik sendiri

      Padam
  18. Boleh tak letak flavouring spt strawberry ? Jika boleh, vanilla masih perlu letak ke? Boleh letak colouring tak? Kalau boleh, berapa sudu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HElo,dik. Fungsi vanila tu adalah utk menghilangkan bau hanyir dari telur. Food flavor adalah optional..setengah sudu teh dah mencukupi.selamat mencuba

      Padam
  19. Salam sis kalau minyak masak digantikan dengan minyan jagung boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, MH. Boleh gantikan minyak masak dgn minyak jagung. Takda beza tu sebenarnya..sukatan sama juga.

      Padam
  20. kalau nk buat yg pandan punya nk guna pandan asli ke perisa pandan?nk letak brp byk?api atas ke bawah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk sukatan seperti diatas, adik guna satu sudu teh pes pandan/perisa pandan+sedikit pewarna hijau . Api guna sebelah bawah saja supaya masaknya sekata. Selamat mencuba

      Padam
  21. gula halus boleh ganti dgn gula biasa or caster ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,dik. Guna gula halus ianya cepat cair dan sebati dalam adunan.

      Padam
  22. Hye. .nak tnya. .cm mna nak sukat air dan minyak tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,dik. Kita guna penimbang digital lagi cun. Nak timbang tu, kena letak cawan atau bekas dulu pastu penimbang tu 'on' kan, guna mode gram.

      Padam
  23. hi sis, nak tanya, if sy letak gula halus tu ikut sukatan means kurang dri 100gm blh x ?, sbb sy x brape suke manis..and suhu tu x blh guna suhu tinggi ke, like 180°c gitu..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam 80gm gitu okey lah. Suhu bergantung pada saiz ketuhar. Kalau ketuhar saiz kecil, kurangkan kepanasannya

      Padam
    2. oven dlm saiz kecil maybe, so kena guna api tu atas bwh ke? actually sy dah cuba bt, tp pelik d tepi tu menjadi, kat tengah jadi keras lembab..ada kaitan dgn suhu ke, lgi 1 sy guna tepung superfine blue key..blh bantu x masalah sy ni..?? thank u SB

      Padam
    3. "kat tengah jadi keras lembab"? maksudnya yang bagaimana? Adik try lah guna api bawah sahaja, pintu oven jangan dibuka tutup sewaktu proses membakar.

      Padam
  24. saya pernah mncuba buat kek span seblum ini..permulaan naik dengan elok saja....tiba satu tahapnya ....permukaan merekah.apabila sudah sejuk dan d keluarkn dari loyang....rupa-rupanye kek seperti tiada isi sebelah dalam...kek kecut dan tiada langsung serupa kek lagi...di mana silapnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mawar. Maaf kerana lambat reply. Kemungkinan suhu yang adik guna agak panas. Serbuk penaik yang adik guna tu berapa sukatannya?

      Padam
  25. saya pernah mncuba buat kek span seblum ini..permulaan naik dengan elok saja....tiba satu tahapnya ....permukaan merekah.apabila sudah sejuk dan d keluarkn dari loyang....rupa-rupanye kek seperti tiada isi sebelah dalam...kek kecut dan tiada langsung serupa kek lagi...di mana silapnya?

    BalasPadam
  26. Sy guna satu sudu teh serbuk penaik.kemungkinan suhu oven sy agak panas.Terimakasih informasi anda sangat sangat di hargai.

    BalasPadam
  27. Sy guna satu sudu teh serbuk penaik.kemungkinan suhu oven sy agak panas.Terimakasih informasi anda sangat sangat di hargai.

    BalasPadam
  28. hi , nak tanya , tepung kek tu tepung apa ye kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepung kek ni tepung gandum yang lebih halus dari tekstur tepung gandum biasa,dik

      Padam
  29. wow.... first time saya mencuba n menjadi jgaa
    ermmm... blh guna tepung gandum tak buat span kek?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi AM. Boleh cuba apa salahnya. Selamat mencuba lagi guna versi tepung gandum.

      Padam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. Hai sis... Kalau saya nak buat kek ni dalam perasa coklat... Berapa gram koko yang di perlu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, boleh bubuh 1-2 sudu makan serbuk koko dan ayak bersama tepung sebelum dipukul. :)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih