Daging Masak Hitam



Selepas Sue Bee tonton rancangan Best Wan hari tu, Chef Wan buat daging masak hitam.  Terkenang sampai terliur, bawa termimpi-mimpi bila tengok hidangan kat tv..hahaahhaa!! Okey..kita gi Giant beli daging lembu segar kat sana..Daging masak hitam yang Sue Bee buat ni simple sangat, tak bubuh kerisik.. sukatan pon main agak-agak sebab daging lembu tu sikit saja namun hasilnya benar-benar sedap!!.. Bagi yang baru belajar masak guna rempah ratus, dinasihatkan jangan guna atau main AGAK-AGAK, yer...sila ikut sukatan resepi dari sumber yang boleh dipercayai..

daging masak hitam

300gm daging lembu
Serai
Lengkuas
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
Sedikit biji ketumbar
Kicap manis pekat secukupnya - Sue Bee guna brand Adabi sbb mmg sedap
3 sudu makan gula perang

Bahan ni kena kisar halus-halus
1.       Kisar serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih hingga halus.
2.       Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan daging lembu yang dipotong nipis-nipis. Kacau hingga rata.
3.       Masukkan kicap manis pekat dan gula perang, gaul rata dan masak hingga daging benar-benar empuk.
jgn tersilap sebab ni memang daging lembu segar, ok..

sungguh pon hitam,kau memang sodap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih