Lemon Chicken




Sebelum ni bila keluar makan saja, tentu order lemon chicken. Tapi lepas terjumpa dengan sos lemon kat supermarket tempohari, daku cuba buat lemon chicken sendiri.  Hasilnya memang lebih sedap dari makan kat kedai. 

 Untuk resepi lemon chicken, daku gunakan daging paha ayam (asingkan tulang) dan dada ayam saja.  Untuk salutan luar ayam, guna resepi sini.  Bila dah garing, toskan minyak dan tiba masanya untuk sediakan sos lemon. 

 Sos lemon botol ni sangat pekat dan kena cairkan dengan mencampurkan segelas air panas ke dalam periuk, lepas tu masukkan sukatan sos lemon mengikut kesesuaian.  Sos lemon yang elok sederhana pekat dan kekuningan. 

  Kalau nak lebih rasa lemon, boleh perah sedikit lemon ke atas ayam tadi sebelum dihidangkan..Mudah saja,kan.. Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih