Puding Roti dan Sos vanilla




puding roti,bread pudding,sos vanila
hidangan pencuci mulut yang ringkas tetapi sedap
 Kismis hitam atau kuning biasanya digunakan dalam resepi puding roti.  Tapi kali ni Sue Bee tukar kan kepada chocolate chip pula sebab tak gemar sangat bila ada kismis dalam hidangan pencuci mulut.  Memula ingatkan susah sangat nak buat tapi sebaliknya.  Cuma kena gunakan susu segar dan bukannya susu cair.  Sue Bee penah jugak guna susu cair dan rasanya agak tak sesedap bila menggunakan susu segar.  Bekas yang hendak digunakan mestilah tahan panas.  Sue Bee guna bekas tahan panas Giacomo bulat bersaiz 6 inci.  Taburan gula kastor di atas permukaan puding tu berfungsi untuk merangupkan luaran puding bila dah masak.  Tak perlu tabur banyak sangat, ya... Selamat mencuba!!
5-8 keping roti putih
2 cawan susu segar Dutchlady
2 biji telur
2 sudu teh gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan Buttercup – cairkan dan sejukkan seketika
Chocolate chip secukupnya  / kismis
Gula kastor -
1.       Sediakan bekas tahan panas / loyang bersaiz.
2.       Dalam mangkuk, satukan susu segar, telur, gula, esen vanilla dan Buttercup cair.  Gaul semua bahan hingga sebati dan tidak berketul..guna whisk pon boleh.
3.       Susun selapis roti (penuhkan dasarnya bekas).  Tabur chocolate chip dan lapis lagi. Buat hingga habis.
4.       Tuangkan campuran susu ke atas roti tadi. Pastikan roti kembang dan tidak tenggelam.  Tabur sedikit gula kastor pada permukaannya.
5.       Bakar pada suhu 150°C selama 35 minit atau sehingga permukaan puding keperangan , grill api atas dan bawah.

puding roti
setiap lapisan roti ditabur dengan chocolate chip

puding roti
Biarkan roti mengembang dan tidak tenggelam


sos vanila,vanilla sauce,bread pudding
Sos vanila

Sos Vanilla
1 cawan susu segar Dutchlady
2 sudu makan air
1 sudu makan gula kastor
1½ sudu teh tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla

Dalam periuk, satukan bahan-bahan di atas kecuali esen vanilla.  Kacau menggunakan whisk dan masak di atas api perlahan.  Sentiasa kacau hingga campuran berbuih dan menjadi pekat. Tutup api dan masukkan esen vanilla.  Sejukkan sebentar dan hidangkan bersama puding roti.

Bekas sos vanila Sue Bee..comelkan!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih