Roti Oat Jagung Kismis

roti oat jagung kismis,roti,bread maker Elba


Semenjak ada Bread Maker Elba, kemain lagi semangat nak meroti. Kan hampir tiap hari belek resepi roti..hahaha!! Kali ni Sue Bee try buat Roti Oat Jagung Kismis (resepi asal namanya Roti Oat Jagung Manis).. Ku menderhaka lagi pada resepi. Sukatan bahan-bahan ada yang Sue Bee adjust sikit ikut kesesuaian dan kalau nak resepi asalnya, klik sini. Selamat mencuba!!

roti oat jagung kismis,roti kismis,roti jagung manis,bread maker Elba


250gm tepung roti
50gm tepung gandum
½ sudu teh bread improver
¼ sudu teh garam halus
1 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
30gm shortening
160ml air
5gm yis kering
40gm oat (instant quaker oat)
1 biji telur sederhana
4 sudu makan sweet cream corn Ligo – sirapnya Sue Bee buang sikit,
3 sudu makan golden kismis
Beberapa titik Sweet Corn Flavour

1.       Masukkan bahan cair dulu seperti air dan telur yang dipukul sedikit.
2.       Diikuti dengan gula dan garam.  Untuk perhatian, sila letakkan berjauhan gula dan garam, yerr..sebagai contoh, gula bubuh kat sudut kiri atas bread pan dan garam pula diletakkan di sudut bawah kanan.
3.       Kemudian letakkan shortening, susu, tepung roti dan tepung gandum dan bread improver.
4.       Buat lubang kecil sikit kat permukaan tepung tadi dan letakkan yis ke dalamnya.
5.       Pilih mode ‘Sweet’, color ‘Light’ dan loaf size 2.0lb, tekan start.
6.       Bila keluar bunyi ‘bip’ tu baru masukkan Sweet Corn Flavour, kismis, oat dan sweet cream corn tadi.
7.       Tunggu hingga ianya masak, biarkan dulu selama lebih kurang 20 minit barulah dikeluarkan dari bread pan dan sejukkan atas redai kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih