Roti Putih

Sini nak kongsi entry paling skema dalam sejarah...kohkohkoh!!!.. Resepi roti putih..Tak susah nak buat..gi main tunjuk kat kedai roti lagi senang..Selamat pagi dan mulakan hari mu dengan sarapan..


roti putih

150ml air
1 biji telur Gred A – dipukul sedikit
3 sudu makan gula
¼ sudu teh garam
30gm shortening
250gm tepung roti
50gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung
5gm yis mauripan
setengah sudu teh bread improver
setengah sudu teh bread softener
setengah sudu teh bread whitening
(penggunaan bread maker saja..)

1.       Sediakan bread pan. Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas.
2.       Setkan bread maker ke menu 1, color light dan size 2.0lb.
3.       Tekan start dan bila mesin mula menguli, gunakan spatula untuk mengikis tepung yang melekat pada bread pan.
4.       Apabila masak, keluarkan bread pan dan biarkan selama 10 minit dulu sebelum dikeluarkan dari bekasnya. Sejukkan di atas redai kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih