Kek Lapis Pepperrmint Coklat


kek lapis
Sesuai untuk hidangan minum petang jugak..

bahan asas kek lapis,tepung kek,kek lapis
Horlick tak da dalam foto
Agak lama jugak tak buat projek melapis kek.  So Sue Bee buatlah kek lapis Peppermint bersaiz kecil iaitu 6 inci..ini la kek ni antara kek lapis Sarawak yang popular dan banyak terjual di India Street Kuching. Dan paling bestnya, tiba musim perayaan, kek Peppermint ni salah satu yang paling banyak Sue Bee buat atas permintaan kawan-kawan..heheheee..dengan rasa pudina dan koko ni memang cun sekali. Kalau tak da serbuk koko, anda boleh gunakan serbuk coklat dan tambahkan sedikit pewarna coklat,ya.  Selamat mencuba dan banyakkan bersabar kalau nak buat kek lapis ni.

250gm Buttercup
120gm gula halus
1 sudu makan ovallete
6 biji telur gred A
80gm serikaya
160gm susu pekat manis
80gm horlicks asli
120gm tepung kek / tepung hongkong
2 sudu teh pes peppermint
Sedikit pewarna hijau epal
*2 sudu makan serbuk koko
*½ sudu teh esen vanilla
*2 sudu makan air panas
Bahan bertanda (*) dicampur rata dan biarkan sejuk seketika
Panaskan ketuhar pada suhu 120°C sebelum membakar kek, sediakan loyang 6 inci, griskan dan lapik dengan baking paper.

Cara-cara
1.       Pukul Buttercup, gula halus dan ovallete hingga putih.
2.       Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga rata.
3.       Masukkan serikaya, susu pekat dan horlicks.  Pukul lagi dan gunakan spatula untuk mengikis tepian mangkuk (supaya adunan bercampur elok).
4.       Masukkan tepung dan pukul hingga sebati dan tidak berketul.
5.       Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.  Satu bahagian dicampurkan dengan pes peppermint dan pewarna hijau manakala satu lagi dicampurkan dengan pes koko tadi.
6.       Bakar selapis-selapis menggunakan api grill atas hingga adunan habis.

foto terdahulu..

2 ulasan:

  1. Salam Sue Bee, kalau guna api bawah je macam mne?

    BalasPadam
  2. hangus le jawabnya..bahagian atas tak masak

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih