Kek Span Violet



Jangan nak heran bila tengok entry kali  ni muncul kek warna  purple.!!!.. Begini la jadinya bila anak yang cadangkan.  Si kecik memandai pulak keluarkan tepung segala letak atas meja dapur.  Mama tanya la kat si kecik, nak buat apa?..dia jawap, nak makan kek. Senyum je dengar,..dalam hati cakap..pandai k nyerr.. Mama tanya lagi nak kek warna apa?? Si kecik jawap, kek purple..Alamak!!!..gelak mama dan papa dengar.. Siap kata nak yang round shape lagi..hadoiyaaaiii..!!! Layan jer lah tekak si kecik hari ni..maka dengan itu lahirlah kek span violet (kasi nama elok sikit)..kohkohkoh!!.. Padahal resepi nya kek span biasa-biasa saja gitu..
sponge cake

100gm gula kastor
1 sudu teh ovalette
4 biji telur gred A
130gm tepung kek
½ sudu teh serbuk penaik
40gm air
60gm minyak masak
Sedikit esen pisang
Sedikit pewarna violet

1.Dalam mangkuk besar, satukan telur, ovalette, tepung dan gula.
2. Pukul perlahan untuk sebatikan semua bahan. Apabila sebati, tukar pada kelajuan tinggi dan pukul adunan selama 5 minit.
3.Masukkan air dan esen pisang. Pukul lagi (kelajuan tinggi) selama 5 minit hingga putih dan ringan.
4.Masukkan pewarna dan pukul perlahan selama seminit.
5.Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan baking paper. Bakar adunan pada suhu 140°C selama 30-40 minit (bergantung pada ketuhar masing-masing).
6.Setelah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai kek hingga sejuk sebelum dipotong.
Si kecik yang memandai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih