Kerutuk Daging



Salam Jumaat.. Ni dia resepi pertama yang Sue Bee cedok dari buku resepi. Untuk makluman, sukatan bahannya ada yang diubah mengikut kesesuaian.  Resepi asalnya menggunakan daging sekilo..Sue Bee guna separuh dari sukatan asanya saja..almaklumlah, yang makannya untuk dua orang saja.  Anak-anak tak gemar sangat makan daging lembu..Tau nya AYAM GORENG!!!.. Buku resepi ni memang elok dijadikan panduan memasak untuk orang  seperti  saya..heheheee!!!..

masakan daging


400gm daging – potong nipis dan bersihkan
1 kotak santan Ayam Brand
1 sudu makan rempah kerutuk
1 sudu makan gula
1 inci kulit kayu manis
2 sudu minyak masak
½ sudu teh pes asam jawa Adabi
Sedikit garam
1 sudu makan pes cili giling Adabi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

1.Kisar halus-halus halia, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan campurkan dengan pes cili giling.
2.Gaul daging dengan rempah kerutuk hingga rata.
3.Panaskan minyak, tumis bahan kisaran hingga naik bau dan masukkan daging. Gaul sebati.
4.Masukkan santan, kulit kayu manis, pes asam jawa dan gula. Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
5.Perasakan dengan garam sedikit, angkat dan hidangkan.

masakan daging,kari daging

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih