Puding vanilla mudah

happy tree,dadih,puding

Masakan mudah kali ni..puding vanila. Apa yang tak mudahnya sebab dah tersedia pon dalam paket. Tunggu nak kacau-mengacau saja lagi pastu tuang ke dalam bekas. Puding mudah disediakan ni, Sue Bee letak dalam bekas kecil-kecil supaya anak-anak senang nak ambil dan makan..tak perlu potong-potong. Lagi pon nampak comel jugak,kan.  Bahan-bahan biasa yang digunakan adalah seperti di bawah.


1 bungkus serbuk dadih Vanilla - brand Happy Tree
3 liter air
100gm gula kastor - SB guna 80gm saja
1 tin susu cair

Cara-cara
1.Didihkan air, masukkan gula dan susu cair. Kacau hingga gula hancur.  Tutup api.
2.Masukkan serbuk dadih, kacau sebati dan masukkan gula buahan (disertakan dalam paket). Kacau lagi dan tuangkan ke dalam bekas.
3.Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sedap jika dihidangkan sejuk-sejuk

**mood agak ke laut seminggu ni.. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih