Roti Ban Sekaya



roti ban,bread maker

Bersemangat juga mencari resepi roti ban sekaya ni. Almaklumlah semenjak ada bread maker hubby belikan, segala macam jenis roti dan ban nak dicuba buat.  Dah ada barangan nya takkan nak disimpan buat perhiasan,kan. Apalagi..gunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan sampai rosak yerr..mahal tuh..hhihihi.. Sue Bee dapat resepi roti ban sekaya ni hasil mencedok myresepi.  Terimakasih banyak-banyak kepada empunya asal resepi ni.. Masukkan bahan-bahan di bawah ke dalam bread pan mengikut turutan sebab kita guna bread maker. Set menu kepada doh dan tekan butang ON.  Selepas habis mengadun, bahagikan doh sama besar (lebih kurang), kalau nak timbang satu-satu pon boleh.  Leperkan doh pastu masukkan inti sekaya secukupnya.  Kalau tak suka inti sekaya, sumbat dengan serunding daging pun sedap jugak. Lepas habis boleh di bakar menggunakan api atas dan bawah oven mengikut kesesuaian.  Selamat mencuba!!

250ml susu segar Dutchlady
1 bii kuning telur
100gm gula kastor
½  sudu teh garam
60gm Buttercup
½  sudu teh bread softener
½  sudu teh bread improver
300gm tepung roti
200gm tepung gandum
Sekaya - inti ban 

roti ban
perlukan latihan lagi..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih