Agar-agar Pop Ice



Entry lepas, Sue Bee ada post tentang Pop Ice.  Selain dijadikan minuman sejuk bersama ais kisar, Pop Ice ni sesuai juga untuk dijadikan agar-agar atau puding. Pop Ice yang di beli kat Serikin lepas masih banyak lebih..sebab ada perisa Pop Ice yang kurang digemari anak-anak.  Sayang jugak tengok terbiar dalam kabinet tanpa sentuhan kreatif .

Tak sangka la pulak menjadi resepi cuba-cuba ni..huehuehuee!!!.. Kandungan Pop Ice ni sememangnya dah manis jadi Sue Bee tak mengesyorkan anda untuk menambah gula. Antara perisa yang Sue Bee gunakan ialah perisa anggur dan strawberry (paling banyak tinggal dan  mendapat sambutan hangit).  Bila dah buat agar-agar dari perisa ni, tau laris la pulak yerr...tahniah!!. Sue Bee gunakan bekas kecil pakai buang untuk agar-agar lapis Pop Ice ni..senang anak-anak makan. Kalau guna gelas transparent pon boleh, lagi cantik..Selamat mencuba!!..

3 paket  Pop Ice Perisa Strawberry / anggur
6gm agar-agar tali
500ml air
1.Masukkan agar-agar tali dan air ke dalam periuk. Didihkan hingga agar-agar hancur.
2.Masukkan Pop Ice dan kacau rata.
3.Tapiskan agar-agar dan tuangkan ke dalam bekas.
4.Untuk lapisan kedua, gunakan sukatan bahan dan proses yang sama seperti di atas, cuma perlu tukar perisa mengikut kegemaran.
5.Pastikan lapisan pertama tadi mengeras sebelum anda tuang lapisan yang kedua.  Sejukkan sebelum dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih