Ayam Madu



ayam madu

Hidangan enak tengahari ni..kita masak Ayam Madu.. yyeaayyy!!!.. Sue Bee cedok resepi ni dari Buku 1 Hari 1 resepi, 365 resepi istimewa ChefHanieliza. Cuma ayam madu Sue Bee ni, tak letak kacang pis, ya..nak tau kenapa?..Sebabnya TAK ADA dalam kabinet dapur lerr...Walaupun kurang satu bahan, masakan ayam madu ni tetap sedap. Meh tengok apa yang diperlukan..

500gm ayam (Sue Bee guna paha ayam)
4 sudu makan sos tomato
1 cawan kacang pis (kalau takda pon tak pa, ya..)
1 labu bawang besar
3 sudu makan madu
Minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu makan (atau lebih) madu botol

Bahan kisar
20 tangkai cili kering (SB gantikan dengan 1 sudu makan cili kisar Adabi)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelage
3 kuntum bunga cengkih

1.       Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit
2.       Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Toskan minyak
3.       Tinggalkan minyak gorengan (1 senduk cukup), dan tumis bahan tumisan hingga wangi.
4.       Masukan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak
5.       Masukkan ayam, sos tomato, kacang pis (kalau ada), bawang besar dan madu. Kacau rata.
6.       Bila kuah dah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih