Kek Batik Marie



kek raya
betul-betul sedap

Percubaan kali ke dua Sue Bee buat Kek Batik Marie berjaya jugak akhirnya.  Untuk melihat kegagalan percubaan kali pertama buat, klik sini (tidak wajib tengok, sebab takda resepi)..huehuehuee!!.. Resepi Kek Batik Marie yang mudah ni Sue Bee cedok dari blogKN.  Terima kasih banyak!!.. Segala sukatan bahannya, Sue Bee guna separuh saja..maklumlah kita try buat sikit-sikit dulu. Kalau betul-betul sedap dan laris dimakan, boleh lah digandakan sukatan dan buat sebanyak mana pon dapat. 

kek raya
mudah dikeluarkan dari acuan tanpa melekat

Bahan untuk kek batik ni simple saja.  Tahap kemanisan pada kek batik ni pun kira mencapai standard tekak Sue Bee yang tak nak manis sangat..sedang-sedang gitu.  Serbuk koko brand biasa-biasa saja boleh digunakan jika tak da jenama Van Houten. Bilangan biskut marie yang Sue Bee gunakan dalam resepi tak tak sampai separuh bungkus, lebih kurang dalam 30 keping saja.  Bekas yang digunakan pula, jenis loyang foil bulat pakai buang.  Try buat ikut resepi ni, pasti menjadi..

Biskut marie biasa – dipatah 4
 125gm Buttercup
 150gm susu pekat manis
 2 biji telur gred A
 1½ sudu besar serbuk koko
 2 sudu besar milo

1.Satukan Buttercup dan susu pekat manis dan pukul dengan menggunakan whisker.
2.Masukkan telur dan pukul sebati.
3.Masukkan Milo dan serbuk koko, kacau hingga rata.
4.Panaskan adunan di atas api kecil, sambil dikacau hingga betul-betul pekat (lebih kurang 5-10minit).
5.Masukkan biskut marie dan gaul. Tuang ke dalam loyang/bekas dan ratakan.
6.Sejukkan pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.

*. Resepi KN ni boleh lah saya simpan buat rujukan manakala resepi kek batik marie yang pernah gunakan untuk yang pertama kalinya boleh lah dilayangkan ke dalam tong yang berkaitan..kejamnya bunyi!!!..

kek raya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih