Kek Lapis Alwani



kek lapis
Demam melapis kek kembali lagi..kali ni Sue Bee try skill mengukus pulak..Kek Lapis Alwani ni memang sedap, lembap, lembut dan gebu.  Sukatan adunan ni sesuai untuk loyang 6 inci saja, ya.. Lepas Sue Bee potong, ayat pertama keluar dari mulut anak.."eh..mama, ini kek Traffic Light"..erkkk!!!..hahahaa..gelak geli hati pon ada.  Mama jawab "apa-apa lahh..janji sedap!!"..dah tutup kes, kan senang. Lagi panjang jawapan kita beri, lagi la fenin kepala mama nak jawap soalan..Soalan maut seterusnya.."mama, kenapa ada lampu merah dalam lampu hijau?"..hadoiyaiii!! Tak ke pinksan mama nak jawab..hahahaa!!.. Bebudak ni kan ada saja soalannya..

120gm tepung kek
55gm horlicks
5 biji telur gred A
100gm gula halus
200gm Buttercup
100gm susu pekat manis
Kepingan ceri hijau dan merah secukupnya
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah dan hijau
**Sediakan pengukus dan loyang 6 inci yang di gris dan dilapik dengan baking paper

1.Pukul Buttercup dan gula hingga putih berkrim.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul.
3.Masukkan susu pekat manis, horlicks, esen vanila dan tepung kek. Pukul hingga sebati dan tidak berketul.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dua bahagian diwarnakan dengan hijau dan merah  manakala satu lagi dibiarkan warna asal.
5.Kukus adunan warna hijau sehingga masak, taburkan potongan ceri merah di atas dan lapiskan dengan adunan asal tidak berwarna.
6.Setelah masak, tabur lagi potongan ceri hijau atasnya dan lapiskan dengan adunan merah. Kukus lagi hingga benar-benar masak.
7.Sejukkan sebelum dipotong
**Kek Alwani ni, Sue Bee bakar sekejap menggunakan api atas selepas dikukus, yerr..

kek lapis
anak2 SB gelar ni kek lapis Traffic Light..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih