Kerang Masak Kicap




Menu masakan makanan laut paling mudah dan sedap..kerang masak kicap..Kalau saiz nya besar gedabak, boleh la dipanggang dan cicah dengan sambal kicap cili. Nak di panggang ke kalau kerangnya “besar” cam foto ni?..Habis je isinya kering kontang nanti..hihihi!!!..

Beli sekilo RM7..tengok kualiti jugak. Kekadang dorang jual RM4 sekilo, pastu gerai sebelahnya pulak jual RM7..tak ke was-was kita jadinya?.. Seronok tengok harga lebih murah, sampai rumah bila periksa mau tidaknya lebih separuh kerangnya dah busuk..Muka pon jadi macam kerang busuk..hehehee!!.. Tak ke menyesal??Kerang masak kicap ni simple je bahan-bahan, kalau nak ikut resepi Sue Bee yang paling senang..

Sekilo kerang – dibersihkan dan toskan airnya
3 batang serai – dihiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus jugak
Kicap pekat

Goreng bawang dan serai hingga naik bau, masukkan kerang, gaul-gaul kejap, tutup periuk (supaya kulit kerang terbuka dengan sendirinya)..Sue Bee guna api besar ni ala-ala tukang masak seafood kunun!!!..Tapi jangan lama sangat kang nanti kuali hangus. Bubuh kicap secukupnya, gaul rata pastu bolehlah diangkat dan hidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih